Penyanyi remaja dan peserta program Big Stage, Ariff Bahran, 20, bakal tampil dengan single terbaru dalam masa yang terdekat.

Menerusi laporan HLive!, Ariff menjelaskan dia berniat untuk menyanyikan lagu itu di konsert akhir pertandingan tersebut jika mempunyai peluang.

"Tajuk single terbaru saya ini bermula dengan perkataan 'Juara' namun itu bukanlah tajuk penuh, selebihnya saya simpan untuk kejutan kepada peminat.

"InsyaAllah, jika berpeluang ke konsert akhir Big Stage, saya akan nyanyikan lagu tersebut pada malam itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ariff telah dicalonkan dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).