Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan atuknya, Abd Jalil Ahmad jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital semula selepas majlis persandingannya pada Ahad lalu.

Tasha memberitahu sebelum itu, atuknya tak dibenarkan keluar hospital untuk menghadiri acara pernikahannya namun bersyukur kerana dapat bersama-sama di dalam majlis resepsi keesokkan harinya.

“’Suami isteri kena baik-baik. Kena muafakat ya. Muafakat’, kata atok kepada saya dan suami sambil menyambut salam kami. Nampak bergenang airmata atok.

“’Saya nak balik, saya nak tengok cucu saya nikah’ (kata atuk) tapi masa tu doktor tak benarkan lagi. Jadi atok tak ada hari Sabtu. Tapi syukur atok dapat hadir majlis persandingan pada hari Ahad. Bukan main aktif lagi atok. Seronok agaknya jumpa sedara mara ramai berkumpul,” tulisnya.

Tasha berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Kerana terlalu penat menghadiri majlis persandingan cucunya itu, atuknya jatuh sakit sekali lagi dan dimasukkan ke hospital.

Tasha memohon agar mendoakan kesihatan atuknya.

“Balik dari majlis, the next morning atok sakit teruk. Penat mungkin. Sekarang atok dekat hospital. Masih lemah. Mohon semua doakan atok, Abd Jalil bin Ahmad diberi kekuatan dan kesembuhan ya ,” katanya lagi.

Tasha bernikah dengan peyampai radio Zayan Raqib Majid di Masjid Jamek Kajang, Selangor pada 8 September lalu.