Sebelum wujudnya dunia tanpa sempadan dan teknologi seperti hari ini, mungkin anda sendiri tidak menyangka peluang kerjaya sebenarnya lebih luas berbanding 10 tahun lalu, misalnya.

Kerjaya seperti doktor, jurutera dan peguam mungkin tipikal menjadi prioriti sesetengah keluarga di negara Asia.

Namun kini ada kerjaya yang menawarkan gaji lebih tinggi dan skop kerja lebih menyeronokkan sebenarnya!

Nak tahu apa? Jom, kami senaraikan beberapa kerjaya yang paling cool yang anda pun tak sangka boleh buat duit.

1. Social media influencer

Punyai pengaruh dalam dunia siber sebenarnya menguntungkan!

Kerjaya ini yang semakin menjadi dambaan setiap remaja malah sudah terbukti mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda berbanding makan gaji.



Kebanyakan produk juga menggunakan media sosial untuk memasarkan barangan mereka dan ia lebih menyenangkan dengan adanya influencer.

Tak payah susah-susah, miliki telefon pintar, cipta pengaruh di Instagram, Twitter atau Facebook dan post gambar cantik-cantik.

2. Gamer profesional

Kerjaya ini memerlukan komitmen sepenuh masa untuk menjalani sesi latihan dan menghabiskan masa di depan komputer.

Namun, usaha itu kalau kena tempat boleh membuahkan hasil berjuta-juta ringgit tau!



Tambahan kerajaan Malaysia kini sedang merancang untuk memajukan hub e-sports pada masa akan datang.

Yang pasti e-gaming akan semakin berkembang.

3. Pereka aplikasi

Ada lebih 3.8 juta aplikasi di Google Play dan lebih 2 juta aplikasi di Apple App Store.

Malah, 60,000 aplikasi baru ditambah setiap bulan.



Menariknya, sesiapa sahaja boleh menjadi pereka aplikasi. Tak kira anda masih bersekolah mahupun sudah bersara.

Tambah pula pelbagai sumber di Internet seperti Apple's Developer Program boleh anda perolehi dengan mudah untuk memulakan aplikasi anda sendiri.

4. Jurutera robotik

Jurutera robitik bertanggungjawab mereka dan mencipta robot atau sistem robitik yang boleh melakukan perkara yang manusia sukar atau tak boleh buat.



Kerjaya ini memudahkan tugas harian, menjadikan ia lebih efisyen dan selamat.

Nak tahu gambaran lebih jelas? Ingatlah Tony Stark!

5. Juruterbang drone

Kalau anda gagal ujian penglihatan untuk menjadi juruterbang, kerjaya ini mungkin boleh menjadi pilihan kedua anda.

Setiap hari pelbagai industri mula menggunakan khidmat drone untuk menjalankan operasi seperti pemantauan dan ada juga untuk produksi filem.

Sebagai juruterbang drone, tugas anda cuma mengawal operasi drone agar lancar.



Menarik bukan? Agak-agaknya, kerjaya yang mana satu antara di atas yang menjadi pilihan anda?

Kalau rasa susah untuk membuat pilihan, apa salahnya jika anda singgah ke #mydigitalmaker Fair 2018 nanti.

Menerusi #mydigitalmaker Fair 2018, anda dapat menerokai pelbagai bidang digital untuk prospek kerjaya yang lebih meluas pada masa akan datang.

#mydigitalmaker Fair 2018 diadakan berbekalkan penerangan dan pengalaman yang lebih jelas kepada pelajar, guru-guru dan ibu bapa mengenai dunia digital tanpa sempadan.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan seperti pameran robotik, penghasilan dan perlumbaan drone, percetakan tiga dimensi, penerangan mengenai kerjaya dan banyak lagi pertandingan berasaskan alam digital.

#mydigitalmaker Fair 2018 merupakan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi memberikan pendedahan lebih meluas kepada golongan remaja masa kini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam #mydigitalmaker Fair 2018 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jumpa di sana!

Maklumat lanjut di www.mydigitalmaker.com



Foto: Plusmana, Reddit, Rotor Drone, The Drone Girl, Medium, MADE, Technosoft, Social Media Biz