Pengacara Aidid Marcello meluahkan rasa bangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Aidid berkongsi beberapa foto bersama ayahnya serta memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran.

12.09.51 saya punya hero dilahirkan. Saya panggil dia bapak. Banyak kenangan pahit getir sepanjang saya dibesarkan. Tapi apapun, saya tetap bangga kerana dengan sikap tegasnya macam askar, saya berjaya dididik menjadi seorang yg berdisplin. Walaupun, saya x jadi doctor atau lawyer saya tetap happy Alhamdulillah saya masih mampu membesarkan 4 anak saya bersama isteri tercinta saya @norziepwc dengan kerjaya yg saya cintai dan happy. Tq bapak sebab didik, sayang dan besaqkan MAT tanpa jemu sebab MAT tau yg MAT ni mmg buaih dan ketegaq. You are my HERO!! Happy birthday to my bapak. The best thing is... birthday kitorang sama ?? #happybirthday #aididitmyway #aididmarcellofamily #aididitagain #aididmarcellostyle #father #hero

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


Apa yang lagi menarik, Aidid dan ayahnya berkongsi tarikh lahir yang sama.

Rata-rata pengikut Aidid turut memberi ucapan serta mendoakan yang baik-baik kepada mereka berdua.

"@niksyafiq: Happy birthday Mat & bapak."

"@zairin_deraman: Happy birthday bapak & abg aidid! Both of you are awesome. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. Dalam rahmatnya. Dalam kasih sayangnya. Both of you."

"@najihah_gayah: Happy birthday bapak aidid. Moga pakcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Takpa..ketegaq ka, buaih ka, janji jadi oghang. Hahaha ish bile tengok orang taip bahasa kampung kita, kita pun terus nak taip juga.