Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melakukan kekejaman pada seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan isterinya, Fazema Mohd Fuad mengalami trauma selepas menonton video yang tular di media sosial semalam.

"Saya dan bidadari saya pencinta kucing, semalam Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa diletakkan didalam dryer dobi.

"Emosinya sagat tergannggu. Kita atas dunia ni, bukan kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita.

"Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda," tulisnya.

Saya dan bidadari sy pencinta kucing, smlm Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa di letakkan di dlm dryer dobi. . Emosinya sgt tergannggu. Kita atas dunia ni, bkn kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup.. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita. . Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupon yang bukan bernyawa seperti harta benda. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang . Ini gambar anak kucing saya ? #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on


Semalam, tular di media sosial sebuah video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri menjadi bualan ramai apabila pelanggan premis berkenaan tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.

Kucing tersebut mati dengan kesan darah dalam mesin itu yang mempunyai tiga tahap suhu iaitu panas, sederhana panas atau biasa.