Baru sahaja melahirkan anak ketiga pada pertengahan Julai lalu, pelakon Memey Suhaiza sudah mula bekerja seperti biasa.

Sibuk dengan urusan harian dalam mengendalikan perniagaan serta anak-anak, penampilan baru Memey selepas berpantang mendapat perhatian netizen.

Kelihatan langsing seperti anak dara, rata-rata pengikut laman Instagram memuji isteri kepada pelakon Norman Hakim itu.

Ada juga netizen yang mahukan Memey berkongsi tips berpantang sehingga dia kelihatan langsing.

"@puansarah72: So pretty. Pandai jaga badan. Looks young."

"@inanaim892: Cantiknya. Kurus lagi tu. Lepas habis pantang kak Memey berapa kilogram turun?"

"@nurraidah88: Memey bagi tips berpantang sehingga kurus please."

"@fatenazman: Alahai. Macam nak pi sekolah. Tak nampak pun macam anak dah tiga,"

Dalam pada itu, Memey turut menjawab pertanyaan netizen yang bertanya bagaimanakah dia boleh cepat kurus selepas bersalin.

"Macam mana boleh slim cepat ni?" tanya seorang netizen yang menggunakan nama @zaleha2772.

"Menyusu tiga orang anak. Cepat turun," jawab Memey.

Memey melahirkan bayi perempuan, Mikayla Delisha Hakim pada 12 Julai lalu.