Pelakon popular Bront Palarae, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39 menjelaskan dia tidak terlalu memilih tawaran berlakon yang diberikan kepadanya namun agak teliti dari segi kualiti dan impak kepada masyarakat.

Menerusi laporan HLive!, Bront mengatakan dirinya lebih cenderung memilih sesuatu projek yang bermanfaat dari segi masa yang diluangkan.

"Saya lebih suka memilih sesuatu projek atau tawaran lakonan yang berbaloi dari segi kualiti dan kesannya terhadap masyarakat di Malaysia, bukanlah terlalu memilih sehingga tak muncul dalam drama tempatan.

"Bukan itu sahaja, saya juga lebih selesa melibatkan diri jika projek tersebut benar-benar memberi manfaat dari segi masa yang saya luangkan," ujarnya.

Bront mula menjejakkan kaki di layar perak pada tahun 2000 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam filem Lang Buana pada tahun 2003.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).