Selebriti terkenal, Zizan Razak, 34, sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap kariernya dan tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Menerusi laporan HLive!, Zizan menjelaskan dia perlu bersedia sepenuhnya jika mahu membuat keputusan untuk berkahwin.

"Ya, memang saya sibuk bekerja, bak kata orang 'bekerjalah seperti kita tak akan mati, dan solatlah seperti kita akan mati sebentar lagi', namun saya tak menafikan ada berfikir soal perkahwinan.

"Bagi saya, perkahwinan bukan satu perkara mudah, saya perlu betul-betul bersedia.

"Saya harus mengikut kata hati dan perasaan, bukan ikut orang, tak semestinya bila jiran saya kahwin, saya pun terus kena kahwin," seloroh Zizan.

Selain itu, Zizan turut menyatakan dia lebih suka bersikap tenang dalam membuat perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).