Pelakon Diana Danielle akui bergandingan bersama suaminya aktor Farid Kamil untuk telefilem Sedikit Waktu membuatkan dirinya cepat terasa dan kurang yakin terhadap lakonannnya.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia berasa kekok dan segan untuk berlakon bersama Farid dan menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang menakutkan.
“Takutlah berlakon dengan Farid! Bila bergandingan dengan dia, saya rasa saya adalah seorang pelakon yang teruk.
“Tahap keyakinan diri saya terus jatuh, rasa macam serba tak kena, bukan kerana dia garang tapi sebab saya kagum dengan dia.
“Kita semua tahu dia adalah pelakon yang bagus dan saya kagum dengan tahap lakonan dia. Jadi bila pertama kali bergandingan bersama memang buat saya rasa segan.
“Lagi satu bila berlakon dengan suami sendiri, jujur saya cakap memang saya cepat sentap. Kadang-kadang bila ada dialog yang memerlukan dia bercakap dengan nada yang tinggi, tak pasal-pasal buat saya terasa.
“Ada juga bila dia beri komen terhadap lakonan saya, mulalah saya terlebih sensitif rasa macam okay awak ajelah yang tahu semuanya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program-Program Aidilfitri Astro, bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanapun Diana menjelaskan, dia berasa seronok melalui pengalaman tersebut kerana dapat melihat sisi lain suaminya ketika fokus bekerja.
“Tapi sebenarnya rasa seronok juga sebab saya jarang tengok dia dalam mood bekerja. Selalunya dia dengan saya sebagai suami isteri dan bukannya rakan sekerja.
“Jadi bila sekali sekala tengok dia hafal skrip dan fokus terhadap kerja, saya rasa seronok pula.
“Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri jangan ambil hati setiap perkataan yang dituturkan Farid, kerana itu hanyalah berdasarkan skrio semata-mata.
“Bila masuk hari ketiga ‘shooting’ saya dah rasa sedikit okay. Siapa yang bekerja dengan suami sendiri pasti tahu bagaimana perasaan saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berkongsi perkara lucu sewaktu dia mula-mula menerima tawaran berlakon telefilem tersebut.
“Masa mula-mula terima naskah ni, saya diberitahu akan digandingkan dengan Remy Ishak. Kemudian saya beritahu dia ada kerja pada tarikh tertentu dan dia pun secara kebetulan ada kerja pada hari yang sama.
“Nak dijadikan cerita bila saya tiba di tempat untuk ‘script reading’, saya nampak dia dan saya terus kata eh awak ke?
“Dan dia terus angguk, waktu tu saya memang terkejut sebab tak sangka dia pasangan saya.
"Saya bergurau dan terus bertanyakan kepada pengarah kenapa bukan Remy. Tapi sebenarnya saya difahamkan dia juga tak tahu siapa pasangan pelakon wanitanya," ujarnya tersenyum.
Telefilem Sedikit Waktu bakal ditayangkan istimewa sempena Aidilfitri pada 3 Julai ini pada jam 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Ahmad Shah
Fri Jun 24 2016
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.