Konsert Fenomena D'Pop akan berlangsung pada 28 September ini di Dewan Banquet Menara FELDA, Kuala Lumpur, ia diadakan khas buat peminat yang merindui persembahan dari penyanyi 'otai' di industri hiburan tempatan.

Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Jamal Abdillah, Siti Nordiana, Amelina, Datuk M Daud Kilau, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Haiza dan Zamani.

Konsert ini mengaplikasikan konsep 'berhibur sambil beramal' memandangkan hasil kutipan dari penjualan tiket konsert ini akan didermakan kepada Majis Kanser Nasional.

Selain dari menikmati persembahan, penonton juga berpeluang untuk memenangi pebagai hadiah dalam segmen cabutan bertuah yang disediakan antaranya adalah tiket penerbangan ke luar negara.

Konsert ini akan bermula pada pukul 8.30 malam dan dijangka berakhir pada pukul 11.30 malam.

Tiket mula dijual pada harga RM 1000 (pakej platinum), RM 500 (pakej gold), RM 300 (pakej silver) dan RM 200 (pakej emerald), untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-3977830.