Alahai... Kasihan Ernie! Demi Big Stage, Kereta Kemek Langgar Dinding MBSA

Hiburan
Alahai... Kasihan Ernie! Demi Big Stage, Kereta Kemek Langgar Dinding MBSA
Guru vokal Big Stage, Ernie Zakri berkongsi nasib kurang baiknya berdepan kemalangan kecil ketika menghadiri sesi rehearsal di bangunan MBSA, Shah Alam semalam.

Menerusi Twitternya, Ernie memaklumkan kenderaan yang dipandunya melanggar dinding kawasan parkir premis berkenaan hingga menyebabkan sebahagiannya kemek.

"Tak pernah-pernah park kat MBSA jadi apa-apa, boleh pula langgar dinding. 

"Kedai tutup pula. Sis stress!" tulisnya di Twitter bersama sekeping foto menunjukkan keadaan keretanya.
 
Insiden itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat pelantun lagu Misteri itu.

"Sebab nak pergi Big Stage ke? Allahu, pengorbanan seorang guru," tulis @HadiFayyadh.

"Alamak cikgu, tak apa bukan rezeki tu. Mana nak tahu benda nak jadi kan? Yang penting cikgu okey," tambah @HirumaKenshin.

"Biasalah kehidupan tak selalunya indah," sahut @bisiamir.

"Kita yang tengok, kita yang rasa aduh sakitnya," tulis @SyazwaniNurulAn

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Afieq Syazwan, Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Shafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.myuntuk segala informasi mengenai program ini!

Artikel Berkaitan