Masuk Tiub Dalam Tekak Pun Masih Boleh Bercakap? Jururawat Ini Kritik Babak Drama Tak Logik!

Hiburan
Masuk Tiub Dalam Tekak Pun Masih Boleh Bercakap? Jururawat Ini Kritik Babak Drama Tak Logik!
Seorang wanita yang bertugas sebagai seorang jururawat mengkritik babak sebuah drama tempatan yang difikirkan tidak logik secara praktikal.

Kata pemilik Twitter yang dikenali sebagai Balqis Tuah itu, babak yang memaparkan seorang wanita yang dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea dan masih boleh bercakap itu mengarut.

"Sepanjang aku kerja tak pernah lagi dapat intubated patient yang boleh cakap dan aktif macam ni.

"Again, drama Melayu do your research!" sarannya berdasarkan adegan lakonan Sura Sojangi dan Azrel Ismail itu.
 
Perkongsian buah fikiran Balqis itu mendapat sokongan daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Aku pernah kena intubated sampai tahap I can't even speak. Terseksa woi benda tu dalam mulut. Yang pasti aku tak boleh makan 11 hari," tulis @aizilhsnh.

"Seriuslah ETT tube tu masih dalam trakea pun masih boleh bercakap. Tak ada reflux. Nafas pun cantik," komen @naimmrosli.

Babak tidak logik drama yang melibatkan dunia perubatan bukan kali pertama dipertikaikan netizen.

Sebelum ini pun, babak seorang doktor mengesahkan pesakit hilang ingatan berdasarkan imbasan X-Ray turut tular di media sosial.

Artikel Berkaitan