Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui bukan mudah untuk dirinya mencari kelainan atau 'trademark' pada dirinya supaya dikenali ramai.

Menurut Joey, dia mengambil masa yang lama untuk melakukan kelainan pada dirinya supaya tidak disamakan dengan selebriti yang ada di Malaysia ini.

"Sejujurnya bukan mudah untuk saya dapatkan benda itu sebenarnya kerana saya harus lakukan kelainan daripada orang lain.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana orang dapat kenali saya dengan mendengar suara yang dilakukan oleh saya.

"Apapun saya bersyukur dengan pengalaman yang saya ada sekarang ini dan nama Joey masih lagi diterima oleh peminat.

"Saya percaya jika kita lakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas ia akan memberikan hasil yang baik untuk seseorang itu," katanya kepada Gempak.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.