Pelakon Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati telah menyambut ulangtahun perkahwinan ke-11 pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka semalam.
"Happy 11th Aniversary to me and Lisdawati.09.09.2007 tarikh keramat yang menyatukan kami.
"Semoga Allah teruskan kekalkan kami begini selamanya. Aminnn," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fauzi dan Lisdawati.
"@syantieeahmad: Happy Anniversary fauzi dan Lisdawati. Semoga kekal hingga ke jannah. Aamiin."
"@yanie.pelangi_shoppe: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kak @lisdawati15 dan abg @fauzinawawi_new. Moga kehidupan sekeluarga ini sentiasa dipenuhi kasih sayang, kegembiraan dan harmoni."
"@fazreenwahab: Semoga Allah merahmati hubungan ini buat selamanya. Happy anniversary Lisdawati dan Fauzi. Cepat betul masa berlalu."Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di