Kaka Azraff Dan Aizat Amdan Menjadi Suara Kepada Lagu Tema Gol & Gincu Vol. 2

Hiburan
Kaka Azraff Dan Aizat Amdan Menjadi Suara Kepada Lagu Tema Gol & Gincu Vol. 2
Selepas 13 tahun filem dan siri ‘Gol & Gincu’ dilancarkan dan menjadi fenomena, akhirnya kembali dengan versi reboot, ‘Gol & Gincu Vol. 2’

Bertepatan dengan tema yang dipaparkan dalam filem tersebut, maka dengan itu lagu ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ nyanyian Aizat Amdan feat. Intan Serah dan Annabel Michael dipilih sebagai seleksi lagu tema yang mewarnai filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’.

Kali ini, Kaka dipilih untuk menyanyikan lagu ‘Shout It Out’ merupakan karya ciptaan bersama Audi Mok, Shazee Ishak dan Atilia Hanna.

Lagu yang mendapat sentuhan moden ini menampilkan lirik yang membangkitkan semangat percaya diri.

Manakala lagu ‘Hari-Hariku’ pula ditulis oleh Aizat sendiri bersama Mel Ramlan. 

Lagu yang mempunyai melodi yang mesra telinga dengan lirik yang mengangkat tema setiakawan disusun dengan muzik bertenaga oleh Faridz Fazmel dan Izzy Musa. 

Lebih istimewa lagi, lagu ‘Hari-Hariku’ diserikan dengan penampilan barisan pelakon ‘Gol & Gincu Vol. 2’ sendiri.

Bagi membina momentum menjelang tayangan perdana ‘Gol & Gincu Vol. 2’ pada 17 Oktober nanti, kedua-dua lagu tema filem tersebut iaitu ‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ telah dilancarkan dikesemua pelantar digital pada Jumaat lalu. 

Manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini pula akan dilancarkan pada 20 September 2018.

‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Red Films. 

Dengarkan ‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 7 SEPTEMBER 2018.  

Manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 SEPTEMBER 2018.

Artikel Berkaitan