Menerusi entri di laman Instagram (IG), stesen radio ERA telah memuat naik satu tweet balasan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak.

"Akhirnya YB @syedsaddiq reply balik lah tweet kitorang tadi.

Akhirnya YB @syedsaddiq reply balik lah tweet kitorang tadi...Kitorang ON je. @dugongallstars kena get ready dalam masa seminggu. Boleh ke?

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


"Kitorang ON je. @dugongallstars kena get ready dalam masa seminggu. Boleh ke?," tulis ERA.

Sempena Program Jelajah Belia "Sayangi Malaysiaku", perlawanan persahabatan antara pilihan Syed Saddiq dengan Dugong All Stars akan diadakan pada 15 September ini di Stadium Muar, Johor.

Sebelum ini, ERA telah mempelawa Syed Saddiq untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama pasukan mereka di media sosial.