Pelakon Nina Iskandar, 27, berkongsi sebuah video yang telah mengundang kecaman netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara watak Sofea dalam drama bersiri Cinta Bukan Kristal.

Rata-rata peminat mengecam Sofea kerana menghilangkan diri lalu meninggalkan anak-anak bersama suaminya.

"@mawarcta: Jenis ni pun mmg tak layak jadi ibu. Ibu yang bertanggungjawab akan melindungi anak anak walaupun apapun cara. Inilah ibu yang bodoh zaman sekarang. Yang mangsa adalah anak-anak. Kalau aku pun akan cari isteri lain."

"@fvirrrrry: Baliklaaaa sofea. Sakit hati tengok si Aryana tu buat dekat anak-anak gituu.. erghhh."

"@oncuzaidan: Ni pun satu asyik nak lari rumah je."

"@watybaha: Sofea oh sofea..Sampai bila awak nak menghilangkan diri?Sedarkah awak bahawa anak-anak awak sangat rindukan awak dan terseksa dek perilaku perempuan tu? Jangan nanti awak yang menyesal takde penghujung. Waktu tu awak lari ke mana pun takde siapa yang akan rindukan awak lagi."

Nina membawa watak seorang isteri kepada Sharnaaz Ahmad.

Walaupun Nina mengetahui suaminya mempunyai teman wanita lakonan Ayda Jebat, namun dia hanya mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan.

Baru-baru ini pelakon Ayda Jebat turut sama menerima kutukan netizen akibat lakonannya dalam drama itu.