Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad mengakui bukan mudah untuk dirinya melakukan senaman untuk kurangkan berat badan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sherry mengakui ada kalanya dia mengalami tekanan untuk membakar kalori dalam badannya.

"If stress burned calories, I’d be a SUPERMODEL! Beside bercuti I reset my mood dengan melakukan aktiviti sihat, it gives me strength and positive vibes.

"Seterusnya makes me forget about tekanan yang saya hadapi," tulisnya.

If STRESS burned calories, I’d be a SUPERMODEL! Beside bercuti I RESET my mood dengan melakukan aktiviti sihat, it gives me strength and positive vibes. Seterusnya makes me forget about tekanan yang saya hadapi. Now share me what’s your RESET moment! #myRESETmoments #LOccitaneMalaysia #EhMalaysia

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Rata-rata teruja melihat perubahan pada tubuhnya dan meminta tips bagaimana Sherry dapat menurunkan berat badannya.

Mengenai perkembangan lain, Sherry kini muncul dalam program Big Stage sebagai pengacara bersama Alif Satar.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok dan mengundi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!