Bintang rancangan realiti Big Stage, Syafiq Farhain, 24, mengakui dia tidak berasa gembira dengan persembahannya pada Ahad lalu.

Menurut Syafiq, persembahan pada malam itu hanya sekadar menyanyi, apa yang dia cuba sampaikan tidak sampai ke jiwanya.

"Saya tidak berasa gembira dengan persembahan malam ini kerana tahu keseluruhannya tidak memuaskan hati.

"Saya tahu persembahan malam ini hanya sekadar menyanyi saja, apa yang cuba disampaikan tidak sampai ke jiwa saya sendiri.

"Saya tidak memandang remeh dengan perkara seperti ini namun masih belum jumpa lagi di mana kekurangannya,”katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan gelaran abang bomba ini berkata lagu Bunga tidak berat untuk dibawanya pada malam itu.

"Saya tidak merasakan lagu itu susah untuk dibawa namun cara pembawakan saya tidak serasi dengan muzik.

"Suara saya juga tidak cukup untuk menampung muzik pada malam itu," katanya kepada Gempak.

Pada malam itu, Syafiq telah diumumkan sebagai pemenang Gempak BBNU Of The Week bagi konsert minggu keempat.

Syafiq juga telah mendapat undian TikTok yang ketiga paling tinggi bersama Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.

#tiktok#tiktokgeneration #dominasibbnu #tiktokmalaysia

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

Not that good but #siscuba hahaha By @sarahsuhairi #tiktok #dominasibbnu #tiktokgeneration #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktokers

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

@afieq.shzwn got some coolest poses. #dominasibbnu #tiktok#tiktokmalaysia #tiktokmy #bigstage #tiktokers

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on


Namun, tuah tidak menyebelahi Tajul apabila tersingkir pada konsert minggu lalu.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, Altimet juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu lalu.

Pada konsert Big Stage Ahad ini, Syafiq akan mempersembahkan lagu Mencari Cinta Sejati nyanyian asal Cakra Khan.

Pada konsert minggu kelima, juri tetap Faizal Tahir telah menentukan battle di antara kesemua peserta untuk persaingan di minggu hadapan.

Dalam segmen battle, kumpulan pertama terdiri daripada Sarah Suhairi vs Ariff Bahran, kumpulan kedua ialah Syafiq Farhain vs Baby Shima dan kumpulan 3 menyaksikan persaingan antara Afieq Shazwan vs Wani Kayrie.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 6 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok dan mengundi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Bagaimana cara untuk mengundi para peserta Big Stage :-

1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/BAuo/4bac9f0f
2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun sosial media anda
3. Sambung dan sahkan log masuk
4. Klik banner Big Stage pada laman ikon bumi Discovery Page
5. Klik banner Big Stage untuk memasuki halaman mengundi
6. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta
7. Terma dan Syarat tertakluk

Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program itu!