Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Salleh mendapat perhatian ramai apabila mengenakan gaun pengantin.

Intan berkongsi dan memuat naik foto dirinya memakai busana terbabit di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

"Yang terbaik bukanlah yg datang dengan segala kelebihannya, namun yg tidak pergi kerana segala kekurangan kita".. ? . JANGAN!!! . Jangan ditanya bonda sudah ada ke tidak... Hahahahaha.. Ok ape mengarut intan oiii.. Selamat malam kesayangan??

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on


Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam entri itu, antaranya memuji kecantikan Intan menggayakan pakaian tersebut.

Namun ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen dengan menyuruh seorang jejaka iaitu Redzuan Manaf supaya cepat masuk meminang Intan.

"@nanadhia9842: @redzuanmanaf bakal queen paksu ke ni.

"@nur_adilah_abdullah: Cantik sangat..Paksu @redzuanmanaf..cepat la masuk minang.

Redzuan juga pernah memuat naik gambar Intan di media sosialnya sebelum ini.

Sweet sangat kan. Kalau maksu Intan ada sabun dan syampu jenama #bonda Paksu pulak ada set pencuci jenama #paksu sendiri. Like sekali tanda support kami!!! ???❤️ #doakanbisneskami #happy #support #business #hardwork #thankyou #love #smile

A post shared by Redzuan Abd Manaf (@redzuanmanaf) on


Peminat juga tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dilalui oleh Intan sambil bergurau mengingatkan agar jangan lupa untuk melayangkan jemputan jika dia ingin berkahwin.

"@suri140298: Bonda nak kahwin lagi ke yey..jangan lupa jemput kami.

Intan turut 'sporting' melayan komen netizen itu dengan membalas lambat lagi masanya dia akan berkahwin.

Terdahulu, Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 namun bercerai pada 22 Mac 2018 lalu.