Penyanyi Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar berkongsi tips mengekalkan berat badan ideal dan awet muda walau usia sudah mencecah 53 tahun.

Menurut Zur Eda, dia tidak pernah mengawal pemakanannya dengan begitu ketat namun sentiasa berwaspada dengan kuantiti makanan yang diambil.

"Saya 'belasah' je semua, tapi saya sentiasa beringat untuk menjaga kuantiti atau 'portion' makanan yang diambil itu haruslah tidak berlebihan.

"Selain itu, saya juga kerap mengamalkan berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh, biasanya saya akan berjalan-jalan di sekitar kebun sendiri sambil melihat hasil tanaman," ujarnya.

Zureda ditemui di majlis Sidang Media Konsert Fenomena D'Pop bertempat di KACH'e Wedding & Event Space, Shah Alam pada petang semalam.

Selain Zur Eda, konsert tersebut akan turut menampilkan persembahan dari Datuk M Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Amelina, Zamani, Siti Nordiana dan Haiza.

Info selanjutnya mengenai konsert ini boleh di dapati menerusi talian 019-397 7830.