Menerusi laman Twitter, penyanyi remaja Haqiem Rusli menjelaskan dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Menurut Haqiem, dia telah mencuba untuk meningkatkan mutu persembahan, kemahiran berkomunikasi dan segala yang berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Saya sudah semakin pulih sekarang, lebih baik dari Haqiem yang dulu, dari segi 'improvement' ketika membuat persembahan, kemahiran komunikasi dan perkara-perkara berkaitan muzik.

"Setiap hari saya belajar untuk menjadi seorang insan yang lebih baik untuk buat kita semua tersenyum," tulisnya.



Terdahulu, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini pernah mendedahkan dirinya mengalami masalah kemurungan, perkara itu telah mencetuskan pelbagai isu dan kontroversi yang sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap namanya dalam industri hiburan.