Penampilan berturban dan lebih sopan pelakon Zahida Rafik selepas pulang menunaikan Haji mendapat perhatian dan pujian ramai.

Fotonya yang menampilkan dirinya dengan imej terbaharu itu dikongsinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Positive Mind Positive Vibes Positive Life..” tulisnya

Ia merupakan kemas kini terbaru Zahida selepas pulang dari tanah suci Mekah.

Gayanya yang menutup seluruh kepalanya itu tetap nampak elegan dan sopan.

Rata-rata pengikut IGnya memuji perubahan imej Zahida dan berdoa agar dia terus istiqomah.

“Sis nampak cantik sangat bertudung. Moga sis terus istiqamah.. Pelan pelan kayuh.. All the best sis Zahida.

“Awak berhijab lagi cantik la...i like...muuuaah,” komen beberapa pengikut IGnya.

Zahida berangkat ke tanah suci Mekah bersama rakan baiknya Betty Benafe pada 15 Ogos lalu dan selamat pulang beberapa hari lalu.

Positive Mind Positive Vibes Positive Life.. #lunch #funday #beautifullday #lovinglife #blessed #alhamdulillah ?

A post shared by zahidarafik (@zahidarafik) on