Hubungan pelakon Ainul Aishah dengan kekasihnya Khalid Redzuan sudah diketahui umum sejak awal tahun lalu.

Terbaharu, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dia berkongsi foto-foto sekitar menyambut hari lahir kekasihnya itu.

Sambutan hari lahir itu dipercayai diadakan di sebuah restoran 'roof top' sebuah hotel yang berlatar belakangkan banggunanan tertinggi di Malaysia iaitu Menara Berkembar KLCC.

Menerusi perkongsian tersebut, Ainul turut menulis ucapan khas buat kekasihnya.

"Selamat hari jadi sayang! Segala yang terbaik untuk awak sempena hari jadi ini.

"Saya bukan kekasih yang sempurna tetapi saya sentiasa akan menjadi yang terbaik dan buat awak gembira.

"Semoga Allah sentiasa merahmati hidup awak serta melindungi hidup kamu dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan," katanya.

Berikut merupakan foto mereka berdua yang dilihat sangat 'sweet' ketika meraikan sambutan hari jadi tersebut.





Foto: IG Ainul Aishah