Pelakon Syatilla Melvin mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua selepas mengalami keguguran sebelum ini.

Menerusi entri di Instagram, Syatilla berkongsi berita gembira itu bersama gambar imbasan bayi yang dilakukan.

"Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi, ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin Allah nak bagi birthday present kat baby besaq ni.

"Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tegok dunia nanti. Amin ya rab," tulisnya.

Alhamdulillah tak putus rezeki allah bagi.ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni?besday besday laki ku♥️sama2 doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti.amin ya rab? #sumpahtakkomplotdengankakipaq

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Syatilla dan suaminya, Shaheizy Sam dan mendoakan agar kandungannya sentiasa sihat.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Sam dan Syatilla menyambut kehadiran anak pertama mereka, Syeriv Samheiz pada 9 Mei tahun lalu.