Penyanyi dan peserta program Big Stage, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 26, menjelaskan dirinya serik dengan kejadian pengsan ketika selesai membuat persembahan di konsert minggu kedua pertandingan tersebut.

Menurut Shima, dia sudah mula menjalani gaya hidup sihat tertutamanya soal pemakanan dan rehat.

"Sejak kejadian pengsan tersebut, saya sangat serik dan semakin berhati-hati dalam menjalani rutin harian.

"Saya telah mengamalkan pemakanan sihat seperti mengambil buah-buahan, minum banyak air kosong dan memastikan saya cukup rehat.

"Saya harap kejadian seperti itu tidak lagi berlaku selepas ini," kata Shima yang menyatakan jadual persembahannya telahpun padat sehingga hujung tahun ini.

Shima ditemui di konsert minggu kelima Big Stage bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.

Pada konsert minggu kelima, juri tetap Faizal Tahir telah menentukan battle di antara kesemua peserta untuk persaingan di minggu hadapan.

Dalam segmen battle, kumpulan pertama terdiri daripada Sarah Suhairi vs Ariff Bahran, kumpulan kedua ialah Syafiq Farhain vs Baby Shima dan kumpulan 3 menyaksikan persaingan antara Afieq Shazwan vs Wani Kayrie.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti Big Stage.

Hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tiktok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!