Berita yang mengatakan pelakon Elfira Loy bertunang dengan jejaka bernama Faris Khairol Anuar sudah tersebar luas semalam.

Terbaharu, Gempak dimaklumkan Elfira bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Pengurus Besar syariakat telekomunikasi itu pada Januari tahun hadapan.

Difahamkan pelakon itu tidak mahu mengambil masa yang lama selepas gagal dalam pertunangannya bersama penyanyi Sufian Suhaimi sebelum ini.

[BACA: Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?]

[BACA: Doakan Kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi Mahu Berhijrah Ke Indonesia]

Menurut sumber terdekat dengannya, Faris juga baru sahaja putus cinta pada awal tahun ini sebelum berjumpa dengan Elfira.

Pasangan ini dilaporkan baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

Foto: Gempak/ IG Elfira Loy