Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Andi Bernadee menjelaskan dia sedang memberanikan diri dalam mencuba bidang lakonan.

Menurut Andi, walaupun hanya mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian, namun ia tidak menghalangnya untuk mencuba nasib dalam dunia lakonan.

"Saya akui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, tetapi saya sudah terima satu tawaran untuk berlakon dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan di astro.

"Saya juga tak kisah jika dikecam kerana inilah pertama kali saya berlakon, sekurang-kurang saya telah mencuba dan belajar suatu perkara baru," katanya.

Andi ditemui di majlis pelancaran siri jelajah Jimba Fest Tour anjuran Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama Digi bertempat di pejabat urusan WMM pada Selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini bakal melancarkan single terbaru yang berjudul Satu Peluang hasil ciptaan Alif Sleeq tidak lama lagi.