Pelawak popular, Saiful Apek berkongsi rasa dukanya setelah kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain pada Sabtu lepas.

Kongsi Apek, kali terakhir dia bertemu kakaknya itu sekitar dua tahun lalu dalam keadaan kurang sihat.

"Kakak sulung saya (kandung sebapa, lain ibu) telah pulang ke Rahmatullah pada 25/8/2018 (Sabtu lepas) pukul 3 petang dan telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling.

"Kali terakhir jumpa dua tahun lepas, dalam keadaan beliau tidak berapa sihat," tulisnya di Instagram.

Menceritakan kembali, Apek mengetahui pertalian darahnya yang terputus sejak 40 tahun lalu itu ketika mempromosi filem pada tahun 2008.

"Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, berjumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008).

"Ketika itu saya sedang berada di dalam kanopi belakang pentas dalam sebuah mall, bila saya diberitahu oleh seorang pengawal keselamatan, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa dan katanya dia kakak sulung saya.

"Mula-mula terfikir jua, saya ni yang paling sulung dan macam mana pula saya boleh ada kakak?

"Saya pun minta guard tu bawa masuk dan terus beliau menerpa memeluk saya dalam keadaan teresak-esak, hingga kena tunggu hampir 15 minit untuk tenangkan keadaan sebab tak dapat nak faham apa yang dicakapkan dalam keadaan sebegitu.

"Akhirnya diceritakan situasi dan siapa dirinya yang sebenar. Lepas tu, saya pula yang peluk sambil menangis teresak-esak.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, tiada kejadian yang dijadikan kebetulan," tambahnya.

Kakak sulung sy (kandung seBapa, lain Ibu) telah pulang ke Rahmatullah pd 25/8/2018 (Sabtu lepas) 3pm & telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling. Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, b'jumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008). ketika itu sy sdg berada di dalam kanopi belakang pentas dlm sebuah mall, bila sy diberitahu oleh seorang guard, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa & katanya dia Kakak sulung sy. mula2 terfikir gak, sy ni yg paling sulung & mcmna plk sy boleh ada Kakak? sy pun minta guard tu bawak masuk & terus beliau menerpa memeluk sy dlm keadaan teresak2, hingga kena tunggu hampir 15minit utk tenangkan keadaan sbb tak dapat nak faham ape yg dicakapkan dlm keadaan yg sebegitu. akhirnya diceritakan situasi & siapa dirinya yg sebenar. lepas tu, sy plk yg peluk sambil menangis teresak2 & Kak Long sy yg t'diam sambil pujuk & tenangkan sy plk. selepas pd tu, dapat b'jumpa beberapa kali & kali terakhir jumpa 2 tahun lepas, dlm keadaan beliau tidak berapa sihat. apa yg boleh sy perkatan di sini, "tiada kejadian yang dijadikan kebetulan" Mohon halalkan hutangnya, maafkan kesalahannya, doakan yg baik2 & sama2 hadiahkan Surah AL FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH Fatimah Be binti Hussain. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ • آمِّينَ

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on