Pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.

Menurut Zizie Izette berita itu sudah dijangka akan mengejutkan semua.

“Gambar nombor empat akan mengejutkan anda #hamiltigabulan,” katanya

Zizie Izette mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut Zizie berkongsi tiga fotonya bersama anak-anak yang kini sedang bercuti di Rusia dan foto keempat menunjukkan alat pemeriksaan kehamilan yang mengesahkannya hamil.

Zizie baru sahaja melahirkan anak kembarnya Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette lapan bulan lalu iaitu pada 30 Disember 2017.

Ini bermakna jarak kehamilan keduanya selepas melahirkan anak pertama hanya lima bulan.

Biarpun mengejutkan, rata-rata peminat gembira mendapat tahu berita tersebut dan mendoakan agar proses kehamilannya kali ini selamat hingga ke akhirnya.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Pic number 4 will surprise u! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on