Pelakon Izreen Azminda Aznam atau lebih dikenali sebagai Izreen Azminda menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada hari ini.

Suaminya, pemuzik Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendedikasikan ucapan khas terhadap Izreen menerusi akaun Instagram miliknya.

"Happy birthday sayang, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan sentiasa dalam rahmat-Nya, I love you so much," tulis Ude.

Ekoran perkara itu, Izrin telah memuat naik sekeping foto bersama Ude berserta ucapan terima kasih di ruangan kapsyen.

"Terima kasih En. Ude kerana jadi orang pertama yang 'wish' hari jadi saya, doa dan semangat awak akan sentiasa bersama saya, semoga kita berdua akan terus kuat dalam menjalani apa sahaja ujian yang diberi oleh-Nya," tulis Izreen.



Izreen dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas, terdahulu, Izreen pernah berkahwin bersama Muhammad Riza Baharuddin pada tahun 2012 dan bercerai pada tahun 2014.