Menerusi laman Instagram (IG) milik pelakon dan penyanyi Fazura, dia berkongsi beberapa foto dan video bersama ibu mertuanya bersempena sambutan hari lahir yang ke 48 tahun dan ia mendapat perhatian netizen.

Di ruangan kapsyen, Fazura mengucapkan selamat hari lahir dan berterima kasih kepada ibu Fattah Amin kerana menerima dirinya dalam keluarga mereka.

"Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi.

"Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.

"Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat Insya-Allah.

"Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu," tulis Fazura.

Apa yang lebih menarik, Fattah turut meninggalkan komen dengan mengatakan dia terharu dengan kata-kata Fazura.

Rata-rata peminat menyifatkan Fazura seorang yang bertuah kerana dikurniakan suami dan keuarga mertua yang baik.

Selain itu, netizen yang terharu membaca ucapan tersebut menyatakan bahawa ibu Fattah beruntung kerana mendapat menantu seperti Fazura.

Peminat turut mendoakan semoga satu hari nanti Fazura akan menutup aurat dengan sempurna.


Sumber: Instagram Fazura