Hanya tinggal beberapa jam sebelum detik 12 tengah malam, berapa ramai artis tempatan yang menyampaikan ucapan di media sosial buat Malaysia seperti mana dilakukan penyanyi dari Australia, Cassidy La Creme.

Menerusi satu video yang dimuatkan naik menerusi Instagram (IG) dan YouTube artis itu, dia menghasilkan satu video yang memberi ucapan untuk Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 kali ini.

Menariknya, Cassidy yang sememangnya fasih berbahasa Malaysia (BM) turut mencuri tumpuan netizen di media sosial kali ini apabila mengajak kedua ibu bapanya untuk bercakap dalam BM.

"Amacam geng... baik boss... jangan membawang," kata bapa selebriti tersebut.

Menampilkan hashtag #cassidyboleh, video tersebut ditonton sebanyak 22,550 kali menerusi IG.

Selamat Hari Merdeka Malaysia! ?? . . Korang tanya untuk video lagi daripada Ibu Bapa saya so here it is! VERSI PENUH kat YouTube saya! . #cassidylacreme #cassidyboleh #thecassettesfc #thecassettes #matsallehcakapmelayu #slangmelayu #slangmalaysia #bahasamalaysia #bahasamelayu #ibubapa #keluarga #selamatharimerdeka #merdeka #merdeka2018 #malaysia #arthuramberlegacy @thecassettes.cassidyfc @kcver.cassidyfc

A post shared by Cassidy La Creme (@cassidylacreme) on


Cassidy juga memberitahu dia menghasilkan video sempena Merdeka atas permintaan peminat.

Ramai netizen memuji sikap kedua ibu bapa Cassidy yang berani mencuba untuk bercakap BM sambil memberikan ucapan Selamat Hari Merdeka.

"Parents dia cakap melayu pun dgn muka and gaya yg malaysian always do hahaha," kata @jazlijumahat.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak