Pelawak Tauke Jambu akui isterinya, Nadia Mohd Effendi yang kini hamil enam bulan berubah menjadi seorang yang sensitif.

Tauke berkata isterinya kini dilihat lebih beremosi selepas hamil.

“Emosi dia cepat terganggu sekarang dan terlau sensitif jika ditegur.

“Silap sikit, pasti dia akan cepat marah dan meninggikan suara.

“Jadi sebagai suami saya memahami perubahan itu kerana pembawakan budak dan saya cuba tidak mengguriskan hatinya,” katanya kepada Gempak.

Apabila ditanya mengenai jantina anaknya itu, Tauke memberitahu ketika pemeriksaan ultrasound doktor tidak dapat mengesannya.

“Masa scan tu doktor tak nampak alat kelaminnya, tapi saya rasa baby girl sebab instinct saya kuat mengatakan dia hamil anak perempuan.

“Instinct ni saya tak boleh nak jelaskan bagaimana tapi sebagai suami dan bapa saya dapat rasa,”katanya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017.

Mengenai perkembangan lain, Tauke masih lagi berada di program Super Spontan Xtravaganza (SSX) bersama barisan selebriti dan pelawak lain.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Foto: Instagram @nadiayaya6