Pelakon Nazim Othman mencetuskan teka-teki di ruangan Instagramnya apabila memuat naik sekeping foto bayang-bayang sepasang sosok lelaki dan perempuan.

Berbekalkan sepotong kapsyen seolah-olah lirik lagu yang sedang popular, peminat terus menebak bahawa pelakon itu sudah temui pengganti baharu.

"Kita saja tahu," tulis Nazim ringkas di Instagramnya.

Kita saja tau...~

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Selain mendoakan, netizen turut beranggapan foto itu hanyalah sebuah gimik untuk drama terbaru lakonannya.

Namun, Nazim membalas komen tersebut dengan menyifatkan sikap sedemikian adalah tidak wajar.

Ada juga yang cuba menyatukan semula Nazim dan bekas isterinya, Bella Dally yang berpisah pada awal Ramadan lalu.

"Bella makin cantik sekarang. Saja nak bagitahu," tulis salah seorang pengguna.

Nazim dan Bella yang berkahwin pada 10 September 2016 memutuskan untuk bercerai pada 17 Mei lalu.