Memuat naik foto bersama keluarga ketika menjalani penggambaran Oh My Family Musim 2, rata-rata peminat cukup teruja dengan entri yang dimuat naik pelawak Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub menerusi platform Instagram.

Our family life patern change a bit when we visit kampung org asli rening...Love more appreciate more tq #ohmyfamilyseason2

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on


Rata-rata peminat memuji penampilan Zira yang kelihatan ayu dan manis bertudung.

Malah, ada yang berharap Zira terus istiqamah memakai tudung dan terus berhijab.

"@ns_wanie: Cantik Zira bertudung. Semoga hidayah milikmu."

"@myra.dexandra.jb: Cantik Zira berhijab."

"@fatinnazhari: Suka tengok Zira bertudung."

"@maryam_haiza: Moga istiqamah Zira bertudung... Amin."

"@nifarahiah_am: Yeayyy Zira dah pakai scarf... Alhamdulillah cantik."

Walaubagaimanapun, sehingga kini, Nabil mahupun Zira belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.