Selepas kecoh isu pakaian seksi pelakon Fasha Sandha ketika menjayakan sesi fotografi tular di media sosial, ramai yang tampil bersuara.

Tidak ketinggalan Juara Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang menegur tindakan Fasha melontarkan komen berhubung isu terbabit.

"Sekarang semua pakai hujah dosa dgn Tuhan, sedangkan perkara yang dilakukan terkadang di khalayak bukan sendirian.

"Bila berbicara tentang dosa jangan anggap ianya kecil dan jangan bersangka ada masa untuk memohon taubat.

"Kerja halal banyak, kenapa kerja yang terpaksa melanggar syariat Allah kalian pilih.

"Hujah dosa saya dengan Tuhan bagi
seorang artis tidak tepat kerana kalian adalah public figure dan setiap apa yg kalian buat akan memberi kesan pd peminat-peminat kalian.

"Alangkah malangnya lagi jika perbuatan yang tidak baik diikuti oleh mereka.

"Ingatan terbuka buat Fasha Sandha dan sesiapa yang seumpamanya," tulis PU Syed di Instagram.

Sekarang semua pakai hujah dosa dgn Tuhan..sedangkan perkara yg dilakukan terkadang dikhalayak..bukan sendirian.. Bila berbicara ttg dosa jgn anggap ianya kecil..dan jangka bersangka ada masa utk memohon taubat.. Kerja halal banyak..kenapa kerja yang terpaksa melanggar syariat Allah kalian pilih.. Hujah dosa saya dgn Tuhan bagi seorang artis tidak tepat..kerana kalian adalah public figure..dan setiap apa yg kalian buat akan memberi kesan pd peminat² kalian..alangkah malangnya lagi jika perbuatan yg tidak baik diikuti oleh mereka.. Rujuklah hadis baginda S.A.W..tentang cara perbuatan yg baik dan buruk bila dilakukan dan diikuti oleh org lain.. Ingatan terbuka buat fasha sanda dan sesiapa yg seumpamanya..ws

A post shared by Pencetus Ummah Syed (@pu_syed) on


Sebelum ini, Fasha menjelaskan pakaian seksi itu dipakai hanya ketika bekerja dan urusan itu antaranya dan Tuhan.

Your flaws are what make you beautiful. Embrace them honey. ❤️ . . The making of make up ads.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha diasak dengan pelbagai komen dan soalan negatif apabila memuat naik videonya menyarung pakaian yang menampakkan dadanya di Instagram pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, ruangan komen entri itu telah ditutup.

Kenapa produk @alhaalfa @alhaalfacosmetics_hq menjadi pilihan kosmetik nombor satu di Malaysia sekarang? Jawapannya mudah, Beli- cuba dan nilaikan sendiri. Saya yakin anda akan mengulanginya. Siapa yang pernah mencuba kosmetik Alha Alfa? Boleh kongsi pengalaman anda disini ❤️ FENOMENA ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on