Memegang status sebagai ibu tunggal, aktres cantik Fasha Sandha tidak malu untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Menjadi kekuatan dan contoh kepada ibu tunggal lain dalam meneruskan hidup serta mencari rezeki, Fasha mengajak peminat yang mempunyai status sama dengannya menyertai Independent Single Moms Club.

I S M C Independent Single Moms Club Ini adalah pertubuhan ibu2 tunggal yang berdikari sahaja, kepada yang ingin menyertai , sila DM Cinta Teragung kami @iman_imran75 . Terhad untuk 100 terawal. Maaf, pertubuhan ini hanya untuk Single Moms. Kepada yang bukan single mom, sila jangan DM. ❤️?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Terhad untuk 100 penyertaan terawal, Fasha membuat hebahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Selepas memuat naik hebahan tersebut, Fasha dihujani dengan mesej peminatnya yang mahu menyertai kelab terbabit.

Maaf kesayanganku semua. I S M C Dah penuh dalam sejam. Insyaallah bila buka lagi saya akan update ya ❤️ Insyaallah. -doa yang baik2 untuk semua. Ramai yang independent dan ramai single moms yang kuat di Malaysia. Saya sangat kagum. Insyaallah Saya akan bertemu dengan penasihat kami pada minggu hadapan untuk berbincang tentang perkara ini. Zaman telah moden, menjadi ibu tunggal atau janda bukan bererti kita akan merasa malu dan ditindas, malah kita lebih berdikari dan menjadi ikon kerana mampu bekerja keras demi anak2. Yang paling penting, kita bukan menagih simpati orang. Syukur, saya mendoakan yang baik2 untuk anda semua. ❤️ ❤️ @mindorder @iman_imran75

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha memohon maaf kepada peminatnya yang mahu menyertai kelab tersebut serta memberikan kata-kata semangat untuk ibu tunggal yang berada di luar sana.