Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah mengundang perhatian ramai orang apabila tampil dengan gaya rambut berbeza.

Ayda berkongsi dan memuat naik gambar dirinya dengan rambut kerinting yang digayakannya di satu konsert besar pada Ahad lalu.

Di konsert tersebut, Ayda menyampaikan lagu Objection nyanyian asal Shakira.

Rata-rata peminatnya telah menyamakan rambut Ayda seperti Shakira.

"@satriashah: shakira malaysia version @aydajebat

"@sarina_ajlova: Fuh dah mmg mcm Shakira @aydajebat. Cantik sgt..

"@kakbamajs: Hello shakira Malaysia @aydajebat

"@ _rosered_s: Geram lah kita semuua dia blh jadi. kejap ayda grande kjp shakiraa kjp ayda gomez haha tapau habiss pulak

Namun ada segelintir pengikut yang bersikap nakal dengan mengatakan stail rambut yang Ayda gayakan sama seperti Kak Limah.

"@spongiess: Kak limah, is that you?!?!

"@thatszuang: Kak limah

"@m.hzwnnanak: kak limah nii

Dalam perkembangan lain, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar sejarah perfileman tanah air apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta selepas 18 hari ditayangkan.

Filem arahan Mamat Khalid itu terus mencetuskan fenomena tersendiri dan masih mendapat sambutan baik penonton.

Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.

HKL membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.