Pelakon dan pengacara Yasmin Hani menapau semua hidangan dimasak Chef Anis Nabilah dalam program Eat Clean With Anis untuk di bawa pulang ke kampung.

Menerusi episod ke-tujuh program masakan itu, Chef Anis menyediakan hidangan Hari Raya.

Tiga menu disediakan Chef Anis kali ini adalah Sate dan Kuah Kacang Badam, Mee Rebus Kering dan Chocolate Cluster sebagai snek yang sihat.

Menu-menu sihat ini juga sesuai di masak di Aidilfitri untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Ingin tahu apakah resepi enak dan sihat dalam Eat Clean With Anis kali ini? Saksikannya di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134), jam 7.00 malam ini.


Bagi mendapatkan resepi-resepi yang menyelerakan dan mudah disediakan, muat turun aplikasi Suudu di telefon bimbit anda menerusi Google Play atau App Store

Oleh: Syafiqah Jalal