Filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar sejarah perfileman tanah air apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta selepas 18 hari ditayangkan.

Filem arahan Mamat Khalid itu terus mencetuskan fenomena tersendiri dan masih mendapat sambutan baik penonton.

Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.

Lebih menarik apabila ada antara penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali.

HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

HKL membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.