Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui terharu apabila menerima kejutan daripada pesakit kanser di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Neelofa berkongsi sebuah video ketika meluangkan masa bersama dengan kanak-kanak yang berada di sana.

"Saya telah meluangkan masa pada hujung minggu bersama peminat cilik dan adik-adik yang sedang bertarung dengan kanser.

"Terima kasih kepada yang menyertai program csr ini bersama kami.

"Saya datang untuk menghiburkan mereka, tetapi mereka pula yang menghiburkan kami di sini dengan usikan nakal dan kasih sayang mereka,” tulisnya.

I had a great time spending the weekend with my dear fans and these little warriors who are battling cancer at HKL . Thanks to @lajuiceria for joining us with this special csr program. I came to entertain them but at the end, they ended up entertaining all of us with their cheekiness and love ❤ #csrneelofaxneelofateam P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan ??

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Rata-rata kagum dengan usaha Neelofa datang untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut dan berharap agar lebih ramai selebriti lain yang akan lakukan perkara sama.

"@nora_shikin_72: Semoga Allah beri kesabaran dan ganjaran besar buat mereka yang mengidap cancer dan juga buat ahli keluarga mereka.. Aamiin."

"@zaitunalibasa: Kalau semua artis dapat lapangkan waktu melawat pesakit di hospital sebagaimana Neelofa ni alangkah gembiranya mereka pesakit tu."

"@secondchild1234: Sebak. Semoga Allah sentiasa dorongkan hati Lofa untnk terus memberi dan menggembirakan hati mereka-mereka yang memerlukan."