Personaliti popular Hollywood, Khloe Kardashian menetapkan bulan Oktober sebagai 'deadline' untuk pasangan, Tristan Thompson membuktikan kesetiaan terhadap dirinya.

Khloe akui masih mencurigai Tristan selepas berlaku curang terhadapnya beberapa bulan lepas.

"Khloe telah membuat keputusan untuk menunggu sehingga bulan Oktober, dia bersedia untuk berpisah sekiranya Tristan gagal membuktikan kesetiaan terhadapnya.

"Tempoh yang diberikan kepada Tristan sudah memadai jika dia benar-benar mahu berubah," kata sumber.

Sebelum menjalinkan hubungan bersama Tristan, Khloe telah berkahwin bersama bekas pemain bola keranjang, Lamar Odom pada tahun 2009 namun hubungan mereka berakhir pada tahun 2016.

Sumber : hollywoodlife.com