Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.

Wanita itu mendedahkan ibu saudaranya telah berhenti melakukan rawatan kimoterapi akibat dinasihati jurujual produk keluaran pelakon tersebut dan akhirnya meninggal dunia.

Tidak berdiam diri, Serina tampil menafikan kenyataan tersebut menerusi sebuah entri di Instagram.

"Masya-Allah, ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes saya, individu ini menuduh kononnya produk keluaran saya menjadi punca kematian ibu saudaranya.

"Ibu saudara individu ini meninggal pada tahun 2015 manakala produk saya mula dikeluarkan pada tahun 2017, secara logiknya dakwaan itu memang tidak benar," tulis Serina.

MasyaAllah Ada juga yg busuk Hati nak sabotaj bisnes Serina. Nak tuduh kononya kerana air ni punca mak long dia meninggal dunia. logik lah sikit Air ni I baru keluarkan 2017, mcm Mana pulak Mak Long Dia meninggal 2015 Air ni pun Tak wujud lagi. kalau iya pun nak tutup periuk nasi orang ingat lah Allah skit,I maafkan org yg busuk Hati ni .Moga peminat & Customer I jangan mudah percaya ngan penipuan ni. 1 fitnah yg tak berasas.Jus Durian Belanda memang anti kanser pun boleh Google and tengok doktor & saintis buat kajian.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on


Pada masa yang sama, Serina menyarankan individu terbabit agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap produk keluarannya dan menyifatkan ia sebagai sabotaj yang tidak berasas.

Sumber : IG Serina Redzuan