Bintang rancangan realiti Big Stage, Tajul, 20, mengakui dia berasa takut dengan nasibnya pada minggu akan datang.

Menurut Tajul, setiap manusia akan melakukan kesilapan termasuk dengan dirinya sendiri.

"Setiap manusia akan melakukan kesilapan termasuk diri Tajul sendiri. Macam persembahan tadi, di akhir nyanyian, Tajul akui ada kesilapan yang telah terjadi.

"Orang luar nampak Tajul relaks disebabkan markah TikTok merupakan yang paling tinggi tetapi hakikatnya tidak.

"Tajul takut undian TikTok akan turun disebabkan atas kesalahan sendiri. Justeru untuk konsert seterusnya, Tajul akan lebih berhati-hati," katanya kepada Gempak.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, dia akan memastikan setiap minggu akan melakukan yang terbaik untuk meletakkan dirinya di tahap yang selamat.

Ketika berlangsung konsert ketiga Big Stage, juri tetap Faizal Tahir telah memberi komen yang kurang senang terhadap persembahan Tajul pada malam tersebut.

Tajul mendapat undian paling tertinggi untuk aplikasi TikTok namun dia berada di tiga tangga terbawah bersama Andi Bernadee dan Afieq Syazwan.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Andi Bernadee yang tersingkir pada konsert minggu lalu.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, Mark Adam juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu ketiga tersebut.

Pada konsert keempat Big Stage Ahad ini, Tajul akan mempersembahkan lagu Amboi nyanyian asal Altimet.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Tajul, Big Stage turut disertai oleh Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan RiaHD (123).

Sebelum kami memberitahu cara untuk mengundi artis pilihan anda, TikTok ingin berkongsi klip video dua orang peserta Big Stage.

Up and down, @afieq.shzwn on stage with @haqiemrusli98_ #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokers #bigstage #dominasibbnu #tiktokhot

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on


Eh bukan Afieq seorang saja tetapi Haqiem Rusli pun ada. Tarian apa yang mereka menari ini? Ikut trend semasa ke?

Vote for @ariffbahran if you like his singing performance on #bigstage @ ASTRO Ria & Ria HD this Sunday 9pm! Follow him on TikTok: ID ariffbahran #tiktok #tiktokmalaysia #dominasibbnu #astro #sing @astrogempak

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on


Macam terlebih perasaan je main aplikasi TikTok. Tapi kan lagu apa yang Ariff pilih?

Kalau nak tengok video penuh dua peserta Big Stage ini, jangan lupa ke akaun TikTok mereka, Afieqshazwan dan Ariffbahran.

Muat turun aplikasi TikTok dan undi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Bagaimana cara untuk mengundi para peserta Big Stage :-
1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/BAuo/4bac9f0f
2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun sosial media anda
3. Sambung dan sahkan log masuk
4. Klik banner Big Stage pada laman ikon bumi Discovery Page
5. Klik banner Big Stage untuk memasuki halaman mengundi
6. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta
7. Terma dan Syarat tertakluk

Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program itu!