Penyanyi popular Hollywood, Gwen Stefani, 49, dikhabarkan telah berkahwin dengan pasangannya, Blake Shelton, 42 pada bulan Mac lalu.

Menurut sumber, pasangan ini sengaja merahsiakan perkahwinan itu dari diketahui ramai.

"Mereka telah mengadakan perkahwinan di tepi tasik dan telah mengundang tetamu seramai 45 orang.

"Perkahwinan itu diadakan secara senyap dan tidak keterlaluan sehingga penduduk setempat tidak tahu tentang majlis tersebut," kata sumber.

Gwen pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Gavin Rossdale pada tahun 2002 dan hubungan mereka berakhir 14 tahun selepas itu.

Sumber : hollywoodlife.com