Sebelum menjalani latihan ketenteraan, ahli kumpulan BTOB, Eunkwang telah menulis surat yang ditujukan kepada peminatnya.

Eunkwang telah memuat naik gambar surat di laman Instagram serta foto dirinya dengan penampilan rambut baru.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana sentiasa menyokong saya dan BTOB.

"Saya akan kembali! Berjanji satu perkara dengan saya, jaga kesihatan dan sentiasa gembira sementara kita akan bertemu lagi. Saya sayang anda semua!" tulis Eunkwang.

Minhyuk akan mengambil alih tempat Eunkwang selama dia berada di latihan ketenteraan.

잘 다녀올게요! 모두 이거 하나는 꼭 약속해요. 우리 다시 만날 날까지 꼭 건강하고 행복하기! 약속!!! 내 사람들. 정말 진심을 다해 사랑하고 감사합니다.

A post shared by 서은광 (@btob_silver_light) on


Sumber: Soompi