Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa tuduhan seorang usahawan kepadanya baru-baru ini tidak masuk akal.

Nama Aliff kembali menjadi bualan hangat apabila didakwa telah menipu seorang usahawan dan tidak melunaskan janjinya kepada sebuah syarikat pengurusan acara.

Memberikan penjelasan mengenai isu ini, Aliff menegaskan jumlah wang yang ditipu seperti didakwa individu tersebut dilihat kecil berbanding apa yang cuba usahawan itu lakukan terhadap nama baiknya.

"Jangan membuat konklusi tanpa melihat situasi di kedua-dua belah pihak. Harap anda seronok dengan 'isu viral' anda, Encik Minyak Wangi. Bergembiralah selagi boleh, kerana ia tidak akan bertahan lama.

"Kamu hanya dapat melihat isu ini mengikut apa yang saya paparkan saja. Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun,” luahnya

Aliff menjelaskan mengenai isu tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Pelakon Sejuta Rasa Buat Adelia itu turut memberitahu ia hanya isu salah faham dan akan menjelaskannya secaea lanjut dalam tempoh terdekat.

"Salah faham yang besar dan keadaan terdesak menyumbang kepada perkara ini. Tetapi tidak mengapa. Saya akan memberi penjelasan lanjut berhubung isu ini dalam tempoh terdekat,” tulisnya.

?

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Sebelum ini, pendedahan tersebut telah dilakukan oleh seorang individu yang didakwa sebagai mangsa menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.