Bintang Big Stage, Sissy Imann tidak berhasrat untuk menutup impiannya daripada bergelar seorang guru.

Selepas bergraduasi cemerlang baru-baru ini, Sissy menjelaskan dia bagaimanapun harus fokus satu persatu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Alhamdulillah, saya sudah bergraduasi dan cita-cita untuk menjadi guru semakin hampir.

"Saya tak pernah rancang untuk berhenti daripada mengajar, malah dari usia 16 tahun lagi saya sudah mula menjadi 'guru'.

"Cuma saya kurang gemar mengajar di sekolah harian, mungkin dalam waktu dan situasi sekarang pilihan ini lebih sesuai.

"Saya boleh mengeksplorasi dunia dan pengalaman luar berbanding mengajar di sekolah.

"Apapun, apa yang ada depan mata saya akan fokus terlebih dahulu terutama Big Stage," katanya kepada Gempak.

Sissy meraih ijazah kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada majlis konvokesyen yang berlangsung Sabtu lalu.

Sissy berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, ASTRO GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!