Pelakon Fathia Latiff baru-baru ini muncul berdua bersama-sama ke sebuah acara bersama seorang pelakon muda berbadan sasa, Ali Rezark.

Menjelaskan perkara tersebut, kata Fathia, mereka hanya berkawan sejak beberapa bulan lalu tidak lebih daripada itu.

"Kami baru saja berkenalan beberapa bulan lalu dan boleh dikatakan sekepala. Berkawan, tak lebih daripada itu.

"Dia pun seorang yang matang pada usia yang sangat muda, jadi tiada masalah pun," katanya kepada Gempak.

Fathia yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi eksklusif Rico Rinaldi x Starbucks baru-baru ini menegaskan dia kini masih solo.

"Buat masa sekarang saya tak mahu memikirkan soal hati. Lebih baik hidup solo dan fokus pada matlamat hidup.

"Kalau bercinta nanti susah, banyak perkara kena jaga dan nanti saya akan rasa rimas.

"Biarlah sekarang saya hidup sendirian," tambahnya.